Ya di saat ramai yang mengambil cuti hari ini saya memilih untuk bekerja. Dan saya tidak bernasib baik kerana terjadinya blackout di ofis dan saya kebosanan dan juga kepanasan. Oleh kerana mood saya nak bekerja dah hilang disebabkan blackout dan tak cukup tidur makanya saya merajinkan juga diri mengupdate blog.
Saya suka berblogwalking (ada istilah dalam bahasa melayu tak?) dan suka membaca pengalaman dan kisah menarik, banyak memberi saya info yang berguna dan ada yang membuat kan saya terfikir. Dulu dulu dulu dalam 3 tahun yang lepas saya dah berjinak-jinak dalam dunia blogging ni dan pada awal penglibatan saya, saya memang terlalu taksub untuk mendapatkan follower yang ramai. Saya tak pasti kenapa, mungkin jika follower ramai maka blog itu bagus. Tapi semakin lama diperhatikan ada je blogger yang mempunyai puluh ribuan followers tapi tiada lansung orang mengomen pada setiap entri beliau. saya pelik? adakah entri nya tidak bagus kah? tidak menarikkah? Jadi follower yang ramai itu buat apa?
Atau memang budaya blogging sekarang ini memang ramainya menghasilkan blog untuk menjana duit atau pun memang untuk publisiti semata-mata. Soalan-soalan ini bermain dalam fikiran saya, dan saya tak pasti bagaimana pendapat kalian semua. Jika ditanya kenapa saya berblogging, antara sebab nya saya memang kebosanan dan saya rasa dengan adanya blog saya boleh mengisi masa lapang saya dan selain itu juga saya buat macam blog ni diari saya. Dengan harapan suatu hari nanti anak saya boleh baca diari ibunya.
Jadi berbalik pada soalan saya kepada blogger yang jauh lebih berpengalaman, kamu perlukan follower yang ramai atau kamu perlukan komen yang banyak? which one? Bagi saya, saya prefer kalau komen yang ramai sebab sekurang-kurangnya saya tahu dia membaca entri saya, ke salah? ke canne (bak kata orang muda mudi sekarang)?
Tapi apa-apa pun saya berterima kasih pada yang sudi membaca entri saya dan follow saya. Saya juga akan buat perkara yang sama, dan saya suka komen untuk lebih mesra dan mengeratkan lagi silaturrahim dengan bloggers yang lain.
38 Orang Komen:
Kakak suka berblog sebab asalnya kakak suka membaca org lain punya blog dan memberikan komen. Tapi bila org cari blog kakak tak ada hihi... so itulah mulanya kakak berblog sesaja suka-suka. Sebab itu kalau cuti aje blog pun cuti..
KITA MUNGKIN SAMA KOT.. X KISAH FOLLOWER X RAMAI.. TP SUKA KALAU RAMAI YG KOMEN... ;)
seronok berblog ni...macam2 info kita dapat...walaupun jauh dimata tapi dekat dihati gitu...
blog wak jugakk X fofuler ghituu.,uUHUuuu
Saya pun berblog untuk kepuasan diri sendiri. Boleh cerita macam-macam apa yang kita suka dan boleh dikongsi bersama. Mostly memang suka cerita pasal anak-anaklah. Nak juga ramai follower tapi yang lebih penting, kalau entri kita diberi komen. Lagi rasa happy. Sebab itu kalau saya singgah ke blog orang, saya memang suka tinggal jejak. Mungkin macamana kita rasa happy bila orang tinggal jejak, macam tu jugalah perasaan orang tersebut. Ya tak? :D
pastinya akak punyai ramai hasil dari berblog
Sya suka kunjung mngunjung blog kengkawan baca apa yg kengkawan tulis..kdg2 dpt jgk menceriakan ati dan tambah ilmu sikit2..folower ramai x ramai sya x kisah..jnji ada kawan2 blog yg ikhlas nak kawan dgn sya..tu yg pnting kan..seronok bila kita dpt kawan yg ramai bila berblogging ni.. :D
Makchaq pulak lagi suka bw.. seronok baca kisah & pengalaman yg dikongsi oleh kawan. Blog sendiri jarang2 tengok/bukak
Ira suka org komen kt blog. Klu org komen dgn mesra, ira akan rs close ngan blogger tu, berani la nk buat lawak ngan diaorg, wp ira ni x berapa nk klaka. Hehe.. Tp tu ar, ira ni x sempat nk drop komen. Ada ms br komen. Blog sndiri pn x terupdate. Hehe..
lady suke org komen.. komen byk2.. lady tgk blog org lain ramai jer pengomennye.. hehehe.. tp mgkn depa aktif.. lady x aktif maner..
lady berjinak2 dgn dunia blog awalnye tuk release tension.. tu pun cikgu kaunselor yg buatkan.. sampailah skrg lady jd blogger.. alhamdulillah.. tq cikgu :D
Saya rasa ngn berblog lagi luas pngetahuan coz leh baca story n pngalaman org lain w/pon saya housewifey je yg terperuk kt umah 24jam ngn ank...huhu.... Apa yg saya prasan, klu kita update blog tiap2 hari followers jgk akn mningkat....hehe....w/pon xkomen, silent reader pon ok la ^_^
Tiap2 hari tgk stat....ngeeee
Acik suka orang ikut blog kita. Acik juga suka tinggal konen..tapi kadang2 tu bila acik rasa tuan punya blog tu muda sangat lagi..acik rasa malu..sudi ke orang muda terima orang berumur macam acik tinggalkan komen
selalunya siapa yang datang komen insya-Allah akan cuba dijejaki untuk membalas kunjungannya dan follow jika terjumpa widget follower.. soal orang nak follow balik atau tidak akak tak kisah.. yang penting seronok kunjung mengunjung.. :D
Antara follower & komen. Saya lagi suka komen yang banyak. Follower banyak adalah satu kelebihan, tapi klo follow pastu touch & go, buat apa. Kalau dah follow, kena lah keep in touch ☺☺
salam pkenalan.. bru smpat bw & singgah sini ;-)
x diakui, sama cam awk gak..di awal pembabitan dulu ghairah mcari follower.. tp kini setelah lama dlm dunia blogging ni.. bg sy y penting persahabatan erat sesama rakan blogger. kami saling mengunjungi blog & bertukar komen... alhamdulillah..itu kepuasan sbnar bila rakan blogger kt saling menghargai kita..
klo follower or komen.. semesti nya kt akan pilih komen y bnyak.. sbb komen2 tu kt akan baca & ingat.. adakalanya komen2 tu leh membuatkan hati kt yang suram btukar gembira.. dll..
tak pe..tak kisah pun. orang komen kita suka..
terima kasih juga sudi singgah blog deqla.. so dgn itu in shaa Allah deqla akan cuba balas jejak.. ;)
Salam kenal dan follow sini sekali..
Saya berblog sebab suka2 jer mula2 dulu.. tapi dh lama2 best pulak.. sebab boleh dapat ramai kawan yg boleh membuatkan hari2 kita ceria hanya dengan membaca kisah mereka.. =D
Salam, bg sy, sy berblog utk kenangan di masa akn dtg..yelah entry pun ttg famili Dan kehidupan. :-)
Kalo dh minat blog xksh la komen byk ke follower byk ke jnj dpt share sesuatu dgn kwn2 yg len
you right sis... but, kalo zizie, dua-dua zizie tak kisah.. nk follow or comment, depends :) sebab zizie blogging just untuk hilangkan rasa sunyi je.. hihi.. good luck sis! :)
saya suka kawan!! hehe. kalau setakat follow, macam tak berapa nak nampak kesungguhan ikatan silaturrahim tu kan. cuba try komen skali, heee. kan macam mesraaa je. kita pun rajin najk g jenguk balik. ye dakk. :))
blogging ni seronok sbb macam2 ilmu kita boleh dapat.boleh tambahkan kenalan. saya lagi suka komen banyak sebab saya boleh tahu entry mana yang menarik minat pembaca :)
ya betul...salam kenal ;)
saya suka baca blog dan komen blog orang dan x kisah kalau follower x ramai asalkan org bc entry saya dan komen kalau org tu ada masa..heheh
sy pn berblogging sbb suka2 n followers tu pd sy xbape penting...ibarat ada kawan ramai tp xmesra la..hehe..yg penting biar la kita sesama bloggers ni saling tegur menegur n komen mengomen...xgitu...=)
teruskan usaha dalam dunia blog :)
hehehe klu da org komen tntu org bca kan..follower ramai blm tntu lg bca.inshaallah rjin sggah org lain psti sggah blk.heehe
saya selalu melawat kembali blog blog org yg tinggalkan komen kat blog saya...walaupun saya tak follow blog berkenaan, saya rasa itu tidak menjadi masalah. yang penting adalah kesudian kita untuk saling berhubung.....
Pada mulanya bunda saja suka2 berblog, tak terfikir pasal pendapatan dalam berblog pun (so far tak pernah mendapat imbohan pun lagi),
apa lagi untuk menjadi popular...sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi info dan pengalaman...
maka tak ada tekanan disitu untuk berlumba2 mengejar followers dan populariti...
masih ada masa untuk kegiatan dialam realiti...tak terbuai hanya dialam maya...
entri pun kadang2 seminggu sekali jerrrr...
SA prefer komen yang banyak..at least SA tau ada yang mengikuti perkembangan SA walau SA bukanlah blogger retis yang popular....kan?
Assalam,
SELAMAT TAHUN BARU 2014...
kerana minat membaca, akhirnya wujudlah
blog ilhamkudisini...pembaca adalah permata di dunia blogging...dan kalau di tambah dengan komen, terasa..apa yg kita kongsi lebih dihargai kan?
saya suka blogging sebab nak isi masa lapang. boleh tambah kawan2 baru jugak :)
Biasanya saya akan komen pada blog yang saya singgah tapi depends jugaklah.. ada masa saya cuma jadi silent reader.. ;)
Hurmmm suka buat blog walking sebab nak tahu apa yang terjadi pada kenalan blogger.. aspecially member2 yg ada Travel Blog... suka baca pengalaman mereka travel.. :D
macam farah pun suka baca kisah orang..tapi buka kepochi tau.. just baca utk ambik pengalaman..setuju dgn awak jika ada follower yg ramai tapi pasif jer buat apa kan.. =D
follower itu advantage..
pada pendapat mama, pembaca itu lebih utama,'orang komen atau tak.. bukan masalah..
mama pun ada masalah blogwalking,'line semput, masa pun takde.. sedih..
Post a Comment