Thursday, December 18, 2014

I am a Mother to an Angel

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Alhamdulillah akhirnya ada ruang untuk saya mengarang disini.

Pada 5 Disember 2013 saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 3.4kg di Kajang Plaza Medical Centre. Nama yang saya berikan adalah Dian Sufi binti Muhammad Suhaimi. Kehadiran bidadari kecil inilah yang telah mencuri keseluruhan masa yang saya ada.Tiada ruang untuk saya meneruskan aktiviti berblogging. Kini bidadari kecil saya telah mencapai usia setahun. Alhamdulillah..



Dian Sufi dah setahun


Sememangnya menjadi seorang ibu bukanlah kerja yang mudah. Barulah saya mengerti dengan jelas perasaan ibu saya yang telah menjaga saya dari kecil hingga sekarang. Baru saya sedar bahawa luarbiasa nya menjadi seorang ibu ketika kita sudah menjadi seorang ibu. Ada masa kita berperang dan bergelut dengan emosi sendiri, terpaksa berkorban untuk banyak perkara. Tapi walau penat mana pun sekali kita, kehadiran bidadari kecil inilah yang membawa sinar dan mewarnakan kehidupan saya kini. 

Banyak yang ingin saya ceritakan, tapi saya rasa cukup untuk setakat ini. Akan saya kongsikan di entri yang akan datang. Insha Allah..

17 Orang Komen:

Ira said...

Comelnya dia.
sekejap je da setahun kan?
Semoga membesar menjadi anak solehah :)

Wak Lat said...

Salam. Hee sungguh comel anak ibu.

Bunda_nora said...

Assalam,
terima kasih sudi ke teratak bunda. Sememangnyalah kelahiran cahaya mata menambah erat lagi hubungan kasih sayang antara suami...

Dengan itu jagalah ia sebaik2nya amanah tuhan ini. Semuga Baby Dian terus membesar sehat dan pintar. aamiin...

Acik Erna said...

comelnya..dah setahun..kejap je rasanya kan

Kakzakie Purvit said...

Inilah anugerah terindah yg Allah berikan dlm hidup kan. Bayangkan dengan adanya Dian Sufi inilah rumah menjadi ceria. Balik kerja penat pun nampak sengih/senyum dia rasa leganya...

Tembam pipi hihi... geram tengok kan:)

gadisBunga™ said...

Maha Suci Allah... Dia beri sinar bidadari kepada Dian Sufi. Happy belated birthday baby... semoga membesar sebagai anaknyang solehah dan penyejuk hati mak ayah. Amin... ;)

FarahFerraDotCom said...

Alhamdulillah.. sedap nama Dian Sufi...=D

norhasnizakhalid said...

nama hampir sama dengan anak mama..

Ainul Sufiya, panggil Sufi ...

semoga jadi anak yang baik dan solehah.. amin.

whitecappuccino said...

comelnya dian sufi...seronok ada baby kan

LYAfrina said...

Alhamdulillah. Nama unik n sgt sedap..
begitulah..bila dh ada ank, msa 24jam mmg x ckp.. mmg menuntut byk ksabaran dlm dri kita

Time Traveller said...

Alhamdulillah... comey anak2 chenta ummi nie.. moga membesar dgn baik dan berjaya :D

Siti Natrah said...

kan bila dah ada anak baru kita tau macamna perihnya nk jaga anak...huhuhu..ti ni 3 boy boy..sabo jerlah...

LydSunshine said...

Betul tu.. bukan senang nak jd seorang ibu. byk benda kira perlu korbankan dan mengalah demi melayan dan memenuhi kehendak anak.

are_lin@yu said...

alahai comelny dia..happy belated birthday sayang ;-)

Anonymous said...

alahamdulillah..cantik dan sihat anak....pengalaman mnjadi ibu memang seronok..kalao setakat letih tu tak kisahlah,..asalkan dapat tgk anak mmbesar depan mata..

najihah sahami said...

sedap nama...

sama la..lepas jadi ibu ni, masa untuk diri sendiri pun takde. naak buat kerja overtime pun pikir 10x. haha...hidup memang serah bulat2 untuk family. :)

Unknown said...

salam kenal dari kaknoor ya singgah follow sini tengok baby cute mute ni

 

Intai Gobok Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang