Friday, October 18, 2013

Isteri Separuh Masa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah kandungan saya dah nak masuk minggu ke 32 sekarang ni dan baby semakin aktif siang dan malam. Berombak-ombak perut ni dibuatnya berkuak lentang dan berpesta agaknya baby saya dalam perut ni. Bila malam lagi la kan aktifnya tapi setiap kali nak cuba rakam je tak pula dia membuat sebarang gerakan. Adakah dia dapat rasa gelombang yang dihasilkan dari henpon kita ni? atau memang dia saja je nak kenakan ummi dia ni? Paling rasa geram bila ada masa tendangan dia agak kuat dan menampakkan kaki dia yang kecik kemetot tu..Perasaan yang dirasai ni sukar nak digambarkan dengan kata, sememangnya sesuatu perasaan yang hanya boleh dirasai bagi perempuan yang bakal bergelar ibu.

Tajuk entri saya hari ni isteri separuh masa, untuk pengetahuan semua suami saya orang singapura dan sejak kami berkenalan sehingga lah berkahwin memang kalau dating tu jarang sekali la boleh dikira la pakai jari di tangan ni. Bila dah berkahwin pun saya akan berjumpa dengan suami sebulan sekali, kami terpaksa berjauhan. Memang kalau ikut kan hati nak saja saya berhenti dari kerja saya dan berada disisi suami disana. Apakan daya komitmen yang banyak dimana korang pun tau menjadi graduan lepasan universiti saja  dah ada hutang yang perlu ditanggung dan diselesaikan kecuali korang dapat biasiswa atau mendapat tajaan penuh dari ibu bapa, abang kakak atau pacik macik.

But I'm not that lucky, hutang pendidikan, hutang kereta , hutang peribadi hahaha dan macam2 lagi. Bagi tidak menyusahkan suami saya untuk menanggung segala hutang yang ada saya redha berjauhan dengan dia. Tapi saya bersyukur walaupun dia tidak sentiasa berada disisi saya tetapi cinta dan kasih sayang kami semakin erat. Makin rindu dan makin sayang.. walaupun ada masa hati ni memberontak maklumlah waktu mengandung ni emosi seperti ombak ada masa ombak kecil ada masa ombak besar dan ada masa macam tsunami pun ada. Memang saya akui rasa sukar berada berjauhan dengan suami dalam keadaan saya yang mengandung semuanya perlu saya harunginya sendiri, semuanya kena buat sendiri. Saya sentiasa berdoa yang kami akan diberi kesempatan untuk hidup bersama sepenuh masa. 

Saya yakin ramai juga yang memahami perasaan saya ni, secara tidak lansung saya sedar yang sangat sukar malah sangat berat untuk menjadi ibu tunggal yang terpaksa bertanggungjawab dalam semua perkara sendiri tanpa bantuan suami disisi.


I salute you!




17 Orang Komen:

Ratu Hatiku said...

Wah da besar ya.. Semoa dipermudahkan semuanya ya..
Nak follow blog nie tp xde butang follow..

Mummydearie said...

Dugaan tu kerana terpaksa berjauhan dengan suami ketika sedang mengandung. Saya pernah berjauhan dengan suami ketika my eldest son baru 4 bulan sehinggalah setahun sebulan umurnya baru si Daddy balik ke Malaysia. Memang terseksa jiwa raga membesarkan anak sendirian tetapi kuatkan juga semangat dan sentiasa berdoa insya allah suatu hari nanti memang kebahagiaan itu dapat dinikmati kami sekeluarga. Alhamdulillah.

Semoga semuanya berjalan lancar buat Chenta, ya!

whitecappuccino said...

salam kenal...tima kasih singgah blog akak...selamat menimang baby tak lama lagi ya.

Qhaifa Nur said...

alhamdulillah dah 32 minggu...
bila terasa baby bergerak..ya allah terasa besarnya kurniaan ilahi...
take care ok...

ya lah kak nur nak follow juga tak bole...

Kakzakie Purvit said...

Kakak dapat rasakan apa yg adik rasakan. Betul masa mengandung memang hormon tak stabil. Kalau boleh nak kena belai selalu. Tapi kakak salute sebab kuat dan tabah. Insya-Allah satu hari dapat selalu duduk sebumbung. Doa padaNya...

Memang tak sediakan button follower ye?

norhasnizakhalid said...

wa... seronoknya menjadi ibu kan, pengalaman yang tak boleh kita lupakan, mama ada simpan video perut berombak ni.. hihi

Mizz Aiza said...

semoga perjalanan urusan seharian berjalan lancar..

Nabilah Rosman said...

Terima kasih semua atas doa dan sokongan.. saya dah letak untuk follow tapi saya tak pasti kenapa dia tak berfungsi ..baru start blogging tak ingat dah macam mane... hehehe

Adriannasyaz said...

Salam jumaat..singgah dan slam kenal..sya folo blog chenta ummi..leh kawan2...jika sdi,snggh ke blog sya ya :)

wakgelas said...

sonoknyer nak jd ibu tuu.e,HHHee

Umialya said...

nampaknya akak orang pertama follow..

Nabilah Rosman said...

Umi Alya, thanks akak sebelum ni tak berfungsi butang follow nye tak tau kenapa. tq so much!

Mrs Velentine said...

alah syg..PJJ lah ni kan..takpe mungkin ada hikmah di sebaliknya..jaga diri tau n bby

Cik-Anne said...

wahhh..tahniah...take care tauu...

suwara entertainment said...

As salam..thanks sbb sudi follow blog kita..hihi..sabar ye, dugaan berumahtangga gitulah kan..dulu masa bergelar single mother dh pernah merasa keseorgan uruskan anak dari a-z..but life must go on..take care ye!

najihah sahami said...

waa..dah 32 minggu ke? tak lama dah tu. bestnya bila terbaca part nampak tapak kaki tu. tak sabar nak lalui pengalaman macam tu...heee. semoga Allah permudahkan urusan kelahiran si kecil nanti. :)

Unknown said...

Salam ukhuwah.. Dr blogwalking membawa sya ke sini..mesti skrg ummi tgh sibuk dgn bby.. Tapi chk2 xde updatea bru.. Hehehe

Anyway, jenput lawat runah saya www.themagicgarden.blogspot.com . Tq :)

 

Intai Gobok Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang